Sunday, 23 September 2012


TAJUK:SISTEM BIOSFERA
EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU DIKAMPUNG SOMPARAI

PENGENALAN
Matlamat kajian ini ialah untuk menjelaskan proses dan bentuk dalam sistem biosfera. Untuk menjelaskan proses dan bentuk dalam sistem biosfera, satu sub-sistem dalam biosfera harus dikenalpasti. Setelah sub-sistem tersebut dikenal pasti maka barulah kajian ke atas sub-sistem tersebut akan dijalankan. Oleh itu, sub-sistem yang akan dipilih dalam kajian ini ialah ekosistem hutan paya bakau.
          Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi hidupannya bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang melampau, masih ada hidupan yang mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yang panas hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya.Begitu jugalah hutan paya bakau yang hidup di keadaan berlumpur dan berair masin.
          Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan.Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika.Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.
          Selain itu, paya bakau merupakan ekosistem yang biasanya terdapat di antara kawasan pasang surut dan biasanya kawasan paya bakau ini merupakan kawasan yang berlumpur.Kawasan paya bakau ini merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam menjaga habitat yang terdapat di kawasan tersebut. Habitat yang banyak tinggal di kawasan paya bakau adalah seperti ikan, ketam, udang dan banyak lagi spesis yang lain kerana kawasan paya terdapat banyak makanan dan sesuai dijadikan sebagai tempat pembiakan spesis tersebut. Kawasan paya bakau yang tidak diterokai mempunyai keseimbangan ekosistem yang baik manakala apabila kawasan paya bakau ini mula terokai maka keseimbangan ekosistem di paya bakau ini akan terganggu dan banyak spesis seperti akan akan berkurangan.
          Menurut Pengarah Institut Oseanografi (INOS), Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM), iaitu Prof. Dr. Mohd. Lokman Hussain, Malaysia memiliki sebanyak 612 580.11 hektar bakau iaitu 341 377 hektar di Sabah, 168 000 di Sarawak dan selebihnya pula iaitu 100 000 hektar terdapat di Semenanjung. Kawasan hutan bakau ini sepatutnya digazet dan menjadikan kawasan ini sebagai hutan simpan demi menjaga keseimbangan ekosistem dan menambiakkan spesis yang tinggal dalam ekosistem paya bakau ini.
Hutan paya bakau yang terdapat dikampung somparai merupakan salah satu ekosistem paya bakau yang terdapat di negeri Sabah.Hutan paya bakau dikawasan tersebut telah mengalami sedikit gangguan oleh manusia.Gambar rajah 1 dibawah merupakan gambar hutan paya bakau di Kampung Somparai.



                     Gambar Rajah 1: Hutan paya bakau di Kampung Somparai
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang telah dipilih ialah Kampung Somparai yang terletak bersebelahan dengan hypermall 1 Borneo.Kawasan ini dipilih kerana, Kampung ini berdekatan dengan muara sungai iaitu kawasan dimana wujudnya ekosistem hutan paya bakau.Kawasan hutan paya bakau di kampung tersebut amat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan kajian kerana ianya masih belum diterokai sepenuhnya.Lokasi kampung dan hutan paya bakau tersebut dapat dilihat dalam Gambar Rajah 2 dibawah.

Gambar Rajah 2 : Lokasi kawasan kajian ( Kampung somparai )




ELEMEN UTAMA DAN ELEMEN SOKONGAN PADA EKOSISTEM PAYA BAKAU
Elemen utama merujuk kepada elemen biotik manakala elemen sokongan pula merujuk kepada elemen abiotik.

ELEMEN BIOTIK
          Menurut (Bergman E.F. & Renwick W.H., 2003), komponen hidupan di dalam sesebuah ekosistem dan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pengeluar, penguna dan juga penghurai.

Pengeluar
Pengeluar pula terdiri daripada tumbuhan yang menjadi makanan kepada penguna. Tumbuhan mampu menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Disebabkan itu tumbuhan digelar sebagai organisma erbivore kerana berupaya memproses makanannya sendiri dalam bentuk karbohidrat.

Pengguna
penguna pula boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu peringkat pengguna primer atau erbivore, peringkat sekunder atau karnivor, serta tertier atau omnivore.

Pengurai
Menurut (Bergman E.F. & Renwick W.H., 2003), kumpulan pengurai ialah mikroorganisma seperti bakteria, cacing dan beberapa jenis protozoa.Kumpulan pereput ini dikenali juga sebagai organisma saprofit. Mikroorganisma ini berperanan menguraikan bahan-bahan organik yang telah mati dan reput dalam sesebuah ekosistem lalu menghasilkan nutrien-nutrien bukan organik yang akan digunakan semula oleh pengeluar atau tumbuhan seperti nitrogen, fosforus, karbon, potassium dan sebagainya.
ELEMEN UTAMA DAN ELEMEN SOKONGAN YANG TERDAPAT PADA EKOSISTEM PAYA BAKAU DI LOKASI KAJIAN
Komponen utama ( komponen biotik ) yang terdapat di tersebut ialah:
pokok bakau yang merupakan tumbuhan, ketam bakau, siput, kepah, ikan tempakul, tiram, ikan belacak iaitu penguna, dan cacing yang merupakan komponen pengurai. Sesetengah haiwan ini dikenali sebagai hidupan dua alam yang boleh hidup di dalam air dan juga di daratan, umpamanya seperti ikan belacak atau tebakul, ketam nipah, ular, memerang dan biawak.Selain itu, terdapat juga haiwan primat dikawasan tersebut seperti monyet.Kawasan hutan paya bakau tersebut juga menjadi destinasi persinggahan bagi pelbagai jenis burung.

Komponen abiotik pula terdiri daripada komponen bukan hidupan ialah :
 Komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem hutan paya bakau dikampung somparai ialah air paya, udara (oksigen), tanah seperti lumpur, selut dan pasir yang terhasil melalui mendapan oleh ombak dan sungai serta bahan-bahan nutrient atau mineral yang telah mereput dan diuraikan oleh pengurai menjadi zat-zat galian.

Peranan setiap elemen dalam ekosistem paya bakau
Peranan Elemen utama ( Biotik )
          Pokok bakau berperanan sebagai pengeluar makanan utama dalam ekosistem hutan bakau. Pokok bakau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis dan untuk menjalankan proses tersebut pokok bakau memerlukan tenaga matahari, karbon dioksida serta air yang cukup.
          Haiwan-haiwan di hutan paya bakau ini menjadi kumpulan pengguna yang memakan tunbuh-tumbuhan dari pokok-pokok di paya bakau dan haiwan herbivor sebagai makanan mereka.Sebagai contohnya, daun bakau dimakan oleh ketam rebab manakala ketam rebab pula dimakan oleh burung.Haiwan-haiwan di sini bertindak menghasilkan makanan sesama sendiri.
          Manakala peranan kumpulan pereput atau pengurai pula bertindak menghuraikan bahan-bahan organik yang telah mati dan reput dalam sesebuah ekosistem lalu menghasilkan pula nutrien-nutrien bukan organic yang amat berguna kepada pengeluar atau tumbuhan seperti nitrogen, fosforus, karbon, potassium dan sebagainya. Nutrient atau zat-zat galian yang terhasil ini akan diguna oleh tumbuhan sebagai sumber makanannya untuk membolehkan ia tumbuh dan membesar.

Peranan elemen sokongan ( biotik )
          Peranan komponen abiotik dalam ekosistem hutan bakau pula ialah menjadi habitat atau tempat tinggal kepada komponen hidupan.Tanah penting dalam ekosistem untuk menyediakan bahan-bahan nutrient. Bahan-bahan nutrient yang berada di dalam tanah ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai zat-zat galiannya untuk tumbuh dan membesar. Dengan itu, tanah menjadi storan nutrien-nutrien atau zat-zat galian yang kelak akan menentukan kesuburan. Tanah lumpur di kawasan paya bakau membuatkan pokok bakau seperti spesies Aviccnnia  danSonneratia mempunyai akar pernafasan yang tumbuh tegak sehingga muncul keluar dari dalam tanih ke permukaan dan melebihi aras lumpur dan takat pasang.
          Menurut(Rusly Musa & Nurashikin Abdullah, 2007), Air berperanan untuk membekalkan sumber minuman kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang wujud dalam ekosistem hutan paya bakau. Tumbuh-tumbuhan seperti pokok bakau dan haiwan-haiwan seperti ikan, biawak, ketam, monyet memerlukan air untuk terus hidup.Oleh itu, peranan utama air ialah untuk membekalkan sumber minuman kepada elemen-elemen utama tersebut.Selain itu, air yang terdapat di hutan paya bakau juga berperanan menyejukkan persekitaran dikawasan tersebut agar komponen biotik yang tinggal dikawasan tersebut selesa.Hal ini disebabkan air dapat menyerap masuk dan membebaskan keluar tenaga haba dengan lebih mudah.
          Selain itu, udara juga merupakan komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem hutan paya bakau.Udara atau atmosfera terdiri daripada empat lapisan yang utama iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera dan termosfera (Wallen R.N., 1992). Dalam keempat-empat lapisan ini,udara troposfera memainkan peranan yang paling penting kepada ekosistem hutan paya bakau. Udara dalam lapisan troposfera berperanan membekalkan pelbagai jenis gas yang amat penting kepada ekosistem hutan paya bakau seperti gas oksigen (21%), karbon dioksida (0.03%), nitrogen (78%) dan gas-gas nadir lain seperti helium, neon dan sebagainya (1%). Contohnya, gas oksigen amat berguna untuk menentukan kehidupan di dalam ekosistem hutan paya bakau. Tanpa gas oksigen dalam udara maka tidak akan ada hidupan, sekaligus tidak akan ada ekosistem hutan paya bakau.

RANTAIAN DAN SIRATAN MAKANAN YANG TERDAPAT PADA EKOSISTEM PAYA BAKAU DI KAWASAN KAJIAN

GambarRajah 3: Contoh rantaian makanan ekosistem hutan paya bakau di Kampung Somparai
          Berdasarkan gambar rajah 3 di atas, proses rantaian makanan dalam ekosistem hutan paya bakau bermula dengan tumbuhan iaitu pokok bakau yang membuat makanannya sendiri menerusi proses fotosintesis. Pokok bakau akan mengeluarkan daun, bunga dan buah yang seterusnya akan dimakan oleh haiwan herbivor iaitu udang, ketam dan engkerang. Kemudian haiwan herbivor tersebut pula akan dimakan oleh haiwan karnivorikan kecil. Selepas itu, haiwan karnivor iaitu ikan kecilakan dimakan pula oleh haiwan omnivore iaitu ikan besar dan burung. Akhirnya, apabila semua organisma hidup ini mati ia akan diuraikan oleh pereput dan pengurai seperti cacing dan bacteria menjadi nutrient-nutrien tanah yang akan digunakan pula oleh tumbuhan untuk hidup dan membesar. Justeru itu ia membentuk satu litar yang lengkap yang bermula dengan tumbuhan dan akhirnya kembali kepada tumbuhan.

HUBUNGAN ANTARA KOMPONEN RANTAIAN MAKANAN DALAM EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU
          Menurut (Botkin D.B. & Keller E.A., 2003), setiap elemen tidak kira elemen utama mahupun elemen sokongan dalam rantaian makanan ekosistem hutan paya bakau diatas mempunyai hubungan antara satu sama lain. Jika salah satu elemen terganggu maka keseimbangan rantaian makanan tersebut juga akan terganggu.    
          Sebagai contoh, jika pengeluar makanan utama iaitu pokok bakau terganggu iaitu ditebang ataupun dimusnahkan oleh manusia maka secara tidak langsung penguna-penguna yang tinggal dalam ekosistem hutan paya bakau tersebut juga akan terganggu. Apabila pokok bakau berkurangan maka sumber makanan juga berkurangan. Oleh itu, udang, ketam dan ikan keciljuga akan berkurangan kerana mati akibat kekurangan makanan kerana kekurangan sumber makanan . Apabila udang, ketam dan ikan kecilberkurangan maka penguna sekunder iaitu karnivor kecil juga akan terjejas. Hal ini kerana udang, ketam dan ikan kecilyang selama ini menjadi sumber makanan kepada penguna sekunder iaitukarnivor kecil telah berkurang. Apabila haiwan karnivor kecil tidak mendapat sumber makanan yang mencukupi maka spesies tersebut akan berkurangan. Seterusnya apabila spesies haiwan karnivorkecil berkurangan maka karnivor besar pula yang akan terjejas. Apabila karnivor besar mengalami masalah kekurangan makanan maka spesiesnya juga akan turut berkurang. Oleh itu kita lihat disini bahawa setiap elemen dalam sesebuah rantaian makanan itu mempunyai hubungan yang signifikan. Jika satu elemen terganggu maka elemen yang lain juga akan turut mengalami kesannya.

HURAIAN PENGKAJI
          Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, kita telah mempelajari sedikit sebanyak mengenai ekosistem paya bakau di kampung somparai.Daripada kajian ini ianya menjelaskan setiap konponen elemen yang terdapat pada ekosistem paya bakau iaitu komponen biotik dan komponen abiotik.
          Dalam setiap komponen tersebut ianya mempunyai peranan yang tersendiri terhadao ekosistempaya bakau.Setiap elemen itu memainkan peranan dan fungsi yang tersendiri dan peranan dan fungsi yang dimainkan ini amat penting bagi menjamin keseimbangan dalam sesebuah ekosistem. Jika salah satu peranan terganggu maka ekosistem itu akan kurang stabil.
          Daripada ekosistem paya bakau ini juga kita dapat mengetahui jaringan/rantai makanan yang terdapat pada ekosistem tersebut. Daripada jaringan/rantai makanan yang terdapat pada ekosistem tersebut kita mendapati bhawa setiap jaringan jaringan/rantai makanan tersebut saling bergantung antara satu satu sama lain untuk kekal hidup, jika sekiranya terdapat kedikseimbangan terhadap jaringan/rantai makanan tersebut ianya akan mengganggu proses jaringan/rantai makanan kerana ianya saling bergantung sesame sendiri.








LAMPIRAN
GAMBAR KAJIAN :














Rujukan :
Gerald J. Bakus et. al. Coral Reef Ecosystems, Department of Biological Sciences University of Southern California Los Angeles, USA. A.A Balkema/Rotterdam 1994.

Ismail Ahmad Yaakob Mohd. Jani, Tumbuh-tumbuhan dan Persekitaran, Satu Perspeltif Geografi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1994.

Abdulah Mohamad Said, Pengurusan Sumber Dan Alam Sekitar, Institut Teknologi MARA, Shah Alam 1999.

Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. 2007. GEOGRAFI: Alam Persekitaran Fizikal. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
(Botkin D.B. & Keller E.A., 2003)
(Bergman E.F. & Renwick W.H., 2003)
(Khaw Ah Seng & Habibah, 2002, p. 183)