EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU DIKAMPUNG
SOMPARAI
PENGENALAN
Matlamat
kajian ini ialah untuk menjelaskan proses dan bentuk dalam sistem biosfera.
Untuk menjelaskan proses dan bentuk dalam sistem biosfera, satu sub-sistem
dalam biosfera harus dikenalpasti. Setelah sub-sistem tersebut dikenal pasti
maka barulah kajian ke atas sub-sistem tersebut akan dijalankan. Oleh itu,
sub-sistem yang akan dipilih dalam kajian ini ialah ekosistem hutan paya bakau.
Bumi adalah sebuah planet yang amat
unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi hidupannya bahkan cara
hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan
persekitarannya yang melampau, masih ada hidupan yang mampu beradaptasi dengan
persekitarannya dari gurun yang panas hinggalah ke kutub yang terlampau
sejuknya.Begitu jugalah hutan paya bakau yang hidup di keadaan berlumpur dan
berair masin.
Hutan paya bakau boleh ditemui di
sempadan antara laut dan daratan.Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan
tropika.Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU
dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik
dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari
India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.
Selain itu, paya bakau merupakan
ekosistem yang biasanya terdapat di antara kawasan pasang surut dan biasanya
kawasan paya bakau ini merupakan kawasan yang berlumpur.Kawasan paya bakau ini
merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam menjaga habitat yang
terdapat di kawasan tersebut. Habitat yang banyak tinggal di kawasan paya bakau
adalah seperti ikan, ketam, udang dan banyak lagi spesis yang lain kerana
kawasan paya terdapat banyak makanan dan sesuai dijadikan sebagai tempat
pembiakan spesis tersebut. Kawasan paya bakau yang tidak diterokai mempunyai
keseimbangan ekosistem yang baik manakala apabila kawasan paya bakau ini mula
terokai maka keseimbangan ekosistem di paya bakau ini akan terganggu dan banyak
spesis seperti akan akan berkurangan.
Menurut Pengarah Institut Oseanografi
(INOS), Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM), iaitu Prof. Dr. Mohd.
Lokman Hussain, Malaysia memiliki sebanyak 612 580.11 hektar bakau iaitu 341
377 hektar di Sabah, 168 000 di Sarawak dan selebihnya pula iaitu 100 000
hektar terdapat di Semenanjung. Kawasan hutan bakau ini sepatutnya digazet dan
menjadikan kawasan ini sebagai hutan simpan demi menjaga keseimbangan ekosistem
dan menambiakkan spesis yang tinggal dalam ekosistem paya bakau ini.
Hutan
paya bakau yang terdapat dikampung somparai merupakan salah satu ekosistem paya
bakau yang terdapat di negeri Sabah.Hutan paya bakau dikawasan tersebut telah
mengalami sedikit gangguan oleh manusia.Gambar rajah 1 dibawah merupakan gambar
hutan paya bakau di Kampung Somparai.

Gambar Rajah 1: Hutan paya
bakau di Kampung Somparai
KAWASAN KAJIAN
Kawasan
kajian yang telah dipilih ialah Kampung Somparai yang terletak bersebelahan
dengan hypermall 1 Borneo.Kawasan ini dipilih kerana, Kampung ini berdekatan
dengan muara sungai iaitu kawasan dimana wujudnya ekosistem hutan paya bakau.Kawasan
hutan paya bakau di kampung tersebut amat sesuai untuk dijadikan sebagai
kawasan kajian kerana ianya masih belum diterokai sepenuhnya.Lokasi kampung dan
hutan paya bakau tersebut dapat dilihat dalam Gambar Rajah 2 dibawah.


Gambar
Rajah 2 : Lokasi kawasan kajian ( Kampung somparai )
ELEMEN
UTAMA DAN ELEMEN SOKONGAN PADA EKOSISTEM PAYA BAKAU
Elemen
utama merujuk kepada elemen biotik manakala elemen sokongan pula merujuk kepada
elemen abiotik.
ELEMEN BIOTIK
Menurut (Bergman E.F. & Renwick
W.H., 2003), komponen hidupan di dalam sesebuah ekosistem dan boleh dibahagikan
kepada tiga peringkat iaitu peringkat pengeluar, penguna dan juga penghurai.
Pengeluar
Pengeluar
pula terdiri daripada tumbuhan yang menjadi makanan kepada penguna. Tumbuhan
mampu menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Disebabkan
itu tumbuhan digelar sebagai organisma erbivore kerana berupaya memproses
makanannya sendiri dalam bentuk karbohidrat.
Pengguna
penguna
pula boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu peringkat pengguna primer atau erbivore,
peringkat sekunder atau karnivor, serta tertier atau omnivore.
Pengurai
Menurut
(Bergman E.F. & Renwick W.H., 2003), kumpulan pengurai ialah mikroorganisma
seperti bakteria, cacing dan beberapa jenis protozoa.Kumpulan pereput ini
dikenali juga sebagai organisma saprofit. Mikroorganisma ini berperanan
menguraikan bahan-bahan organik yang telah mati dan reput dalam sesebuah
ekosistem lalu menghasilkan nutrien-nutrien bukan organik yang akan digunakan
semula oleh pengeluar atau tumbuhan seperti nitrogen, fosforus, karbon,
potassium dan sebagainya.
ELEMEN
UTAMA DAN ELEMEN SOKONGAN YANG TERDAPAT PADA EKOSISTEM PAYA BAKAU DI LOKASI
KAJIAN
Komponen utama ( komponen biotik )
yang terdapat di tersebut ialah:
pokok
bakau yang merupakan tumbuhan, ketam bakau, siput, kepah, ikan tempakul, tiram,
ikan belacak iaitu penguna, dan cacing yang merupakan komponen pengurai.
Sesetengah haiwan ini dikenali sebagai hidupan dua alam yang boleh hidup di
dalam air dan juga di daratan, umpamanya seperti ikan belacak atau tebakul,
ketam nipah, ular, memerang dan biawak.Selain itu, terdapat juga haiwan primat
dikawasan tersebut seperti monyet.Kawasan hutan paya bakau tersebut juga
menjadi destinasi persinggahan bagi pelbagai jenis burung.
Komponen abiotik pula terdiri daripada
komponen bukan hidupan ialah :
Komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem
hutan paya bakau dikampung somparai ialah air paya, udara (oksigen), tanah
seperti lumpur, selut dan pasir yang terhasil melalui mendapan oleh ombak dan
sungai serta bahan-bahan nutrient atau mineral yang telah mereput dan diuraikan
oleh pengurai menjadi zat-zat galian.
Peranan setiap elemen dalam
ekosistem paya bakau
Peranan Elemen utama ( Biotik )
Pokok bakau berperanan sebagai pengeluar
makanan utama dalam ekosistem hutan bakau. Pokok bakau membuat makanannya
sendiri melalui proses fotosintesis dan untuk menjalankan proses tersebut pokok
bakau memerlukan tenaga matahari, karbon dioksida serta air yang cukup.
Haiwan-haiwan di hutan paya bakau ini
menjadi kumpulan pengguna yang memakan tunbuh-tumbuhan dari pokok-pokok di paya
bakau dan haiwan herbivor sebagai makanan mereka.Sebagai contohnya, daun bakau
dimakan oleh ketam rebab manakala ketam rebab pula dimakan oleh
burung.Haiwan-haiwan di sini bertindak menghasilkan makanan sesama sendiri.
Manakala peranan kumpulan pereput atau
pengurai pula bertindak menghuraikan bahan-bahan organik yang telah mati dan
reput dalam sesebuah ekosistem lalu menghasilkan pula nutrien-nutrien bukan
organic yang amat berguna kepada pengeluar atau tumbuhan seperti nitrogen,
fosforus, karbon, potassium dan sebagainya. Nutrient atau zat-zat galian yang
terhasil ini akan diguna oleh tumbuhan sebagai sumber makanannya untuk
membolehkan ia tumbuh dan membesar.
Peranan elemen sokongan ( biotik )
Peranan komponen abiotik dalam
ekosistem hutan bakau pula ialah menjadi habitat atau tempat tinggal kepada
komponen hidupan.Tanah penting dalam ekosistem untuk menyediakan bahan-bahan
nutrient. Bahan-bahan nutrient yang berada di dalam tanah ini akan digunakan
oleh tumbuhan sebagai zat-zat galiannya untuk tumbuh dan membesar. Dengan itu,
tanah menjadi storan nutrien-nutrien atau zat-zat galian yang kelak akan
menentukan kesuburan. Tanah lumpur di kawasan paya bakau membuatkan pokok bakau
seperti spesies Aviccnnia danSonneratia
mempunyai akar pernafasan yang tumbuh tegak sehingga muncul keluar dari
dalam tanih ke permukaan dan melebihi aras lumpur dan takat pasang.
Menurut(Rusly Musa
& Nurashikin Abdullah, 2007), Air berperanan untuk membekalkan sumber
minuman kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang wujud dalam ekosistem hutan paya
bakau. Tumbuh-tumbuhan seperti pokok bakau dan haiwan-haiwan seperti ikan,
biawak, ketam, monyet memerlukan air untuk terus hidup.Oleh itu, peranan utama
air ialah untuk membekalkan sumber minuman kepada elemen-elemen utama
tersebut.Selain itu, air yang terdapat di hutan paya bakau juga berperanan
menyejukkan persekitaran dikawasan tersebut agar komponen biotik yang tinggal
dikawasan tersebut selesa.Hal ini disebabkan air dapat menyerap masuk dan
membebaskan keluar tenaga haba dengan lebih mudah.
Selain itu, udara juga merupakan
komponen abiotik yang terdapat dalam ekosistem hutan paya bakau.Udara atau
atmosfera terdiri daripada empat lapisan yang utama iaitu troposfera,
stratosfera, mesosfera dan termosfera (Wallen R.N., 1992). Dalam keempat-empat
lapisan ini,udara troposfera memainkan peranan yang paling penting kepada
ekosistem hutan paya bakau. Udara dalam lapisan troposfera berperanan
membekalkan pelbagai jenis gas yang amat penting kepada ekosistem hutan paya
bakau seperti gas oksigen (21%), karbon dioksida (0.03%), nitrogen (78%) dan
gas-gas nadir lain seperti helium, neon dan sebagainya (1%). Contohnya, gas
oksigen amat berguna untuk menentukan kehidupan di dalam ekosistem hutan paya
bakau. Tanpa gas oksigen dalam udara maka tidak akan ada hidupan, sekaligus
tidak akan ada ekosistem hutan paya bakau.
RANTAIAN DAN SIRATAN MAKANAN YANG
TERDAPAT PADA EKOSISTEM PAYA BAKAU DI KAWASAN KAJIAN

GambarRajah
3: Contoh rantaian makanan ekosistem hutan paya bakau di Kampung Somparai
Berdasarkan gambar rajah 3 di atas,
proses rantaian makanan dalam ekosistem hutan paya bakau bermula dengan
tumbuhan iaitu pokok bakau yang membuat makanannya sendiri menerusi proses
fotosintesis. Pokok bakau akan mengeluarkan daun, bunga dan buah yang
seterusnya akan dimakan oleh haiwan herbivor iaitu udang, ketam dan engkerang.
Kemudian haiwan herbivor tersebut pula akan dimakan oleh haiwan karnivorikan
kecil. Selepas itu, haiwan karnivor iaitu ikan kecilakan dimakan pula oleh
haiwan omnivore iaitu ikan besar dan burung. Akhirnya, apabila semua organisma
hidup ini mati ia akan diuraikan oleh pereput dan pengurai seperti cacing dan
bacteria menjadi nutrient-nutrien tanah yang akan digunakan pula oleh tumbuhan
untuk hidup dan membesar. Justeru itu ia membentuk satu litar yang lengkap yang
bermula dengan tumbuhan dan akhirnya kembali kepada tumbuhan.
HUBUNGAN ANTARA KOMPONEN RANTAIAN
MAKANAN DALAM EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU
Menurut (Botkin D.B. & Keller
E.A., 2003), setiap elemen tidak kira elemen utama mahupun elemen sokongan
dalam rantaian makanan ekosistem hutan paya bakau diatas mempunyai hubungan
antara satu sama lain. Jika salah satu elemen terganggu maka keseimbangan
rantaian makanan tersebut juga akan terganggu.
Sebagai contoh, jika pengeluar makanan
utama iaitu pokok bakau terganggu iaitu ditebang ataupun dimusnahkan oleh
manusia maka secara tidak langsung penguna-penguna yang tinggal dalam ekosistem
hutan paya bakau tersebut juga akan terganggu. Apabila pokok bakau berkurangan
maka sumber makanan juga berkurangan. Oleh itu, udang, ketam dan ikan keciljuga
akan berkurangan kerana mati akibat kekurangan makanan kerana kekurangan sumber
makanan . Apabila udang, ketam dan ikan kecilberkurangan maka penguna sekunder
iaitu karnivor kecil juga akan terjejas. Hal ini kerana udang, ketam dan ikan
kecilyang selama ini menjadi sumber makanan kepada penguna sekunder
iaitukarnivor kecil telah berkurang. Apabila haiwan karnivor kecil tidak
mendapat sumber makanan yang mencukupi maka spesies tersebut akan berkurangan.
Seterusnya apabila spesies haiwan karnivorkecil berkurangan maka karnivor besar
pula yang akan terjejas. Apabila karnivor besar mengalami masalah kekurangan
makanan maka spesiesnya juga akan turut berkurang. Oleh itu kita lihat disini
bahawa setiap elemen dalam sesebuah rantaian makanan itu mempunyai hubungan
yang signifikan. Jika satu elemen terganggu maka elemen yang lain juga akan
turut mengalami kesannya.
HURAIAN PENGKAJI
Berdasarkan dapatan kajian yang telah
dijalankan, kita telah mempelajari sedikit sebanyak mengenai ekosistem paya
bakau di kampung somparai.Daripada kajian ini ianya menjelaskan setiap konponen
elemen yang terdapat pada ekosistem paya bakau iaitu komponen biotik dan
komponen abiotik.
Dalam setiap komponen tersebut ianya
mempunyai peranan yang tersendiri terhadao ekosistempaya bakau.Setiap elemen
itu memainkan peranan dan fungsi yang tersendiri dan peranan dan fungsi yang
dimainkan ini amat penting bagi menjamin keseimbangan dalam sesebuah ekosistem.
Jika salah satu peranan terganggu maka ekosistem itu akan kurang stabil.
Daripada ekosistem paya bakau ini juga
kita dapat mengetahui jaringan/rantai makanan yang terdapat pada ekosistem
tersebut. Daripada jaringan/rantai makanan yang terdapat pada ekosistem
tersebut kita mendapati bhawa setiap jaringan jaringan/rantai makanan tersebut
saling bergantung antara satu satu sama lain untuk kekal hidup, jika sekiranya
terdapat kedikseimbangan terhadap jaringan/rantai makanan tersebut ianya akan
mengganggu proses jaringan/rantai makanan kerana ianya saling bergantung sesame
sendiri.
LAMPIRAN
GAMBAR KAJIAN :












Rujukan :
Gerald J. Bakus et. al. Coral Reef
Ecosystems, Department of Biological Sciences University of Southern California
Los Angeles, USA. A.A Balkema/Rotterdam 1994.
Ismail Ahmad Yaakob Mohd. Jani, Tumbuh-tumbuhan dan Persekitaran, Satu Perspeltif Geografi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1994.
Abdulah Mohamad Said, Pengurusan Sumber Dan Alam Sekitar, Institut Teknologi MARA, Shah Alam 1999.
Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. 2007. GEOGRAFI: Alam Persekitaran Fizikal. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
Ismail Ahmad Yaakob Mohd. Jani, Tumbuh-tumbuhan dan Persekitaran, Satu Perspeltif Geografi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1994.
Abdulah Mohamad Said, Pengurusan Sumber Dan Alam Sekitar, Institut Teknologi MARA, Shah Alam 1999.
Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. 2007. GEOGRAFI: Alam Persekitaran Fizikal. Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.
(Botkin D.B. & Keller E.A., 2003)
(Bergman E.F. & Renwick W.H., 2003)
(Khaw Ah
Seng & Habibah, 2002, p. 183)